Pertama (lagi sekali)

Assalamualaikum dan salam 6 Disember 2020

Ya, ini blog ketiga aku (macamlah korang tahu aku ni siapa). Dan pos yang pertama untuk blog ni. Dan blog ni bukanlah untuk urusan akademik mahupun sekolah. Aku telah lama meninggalkan Kolej PERMATApintar, atau sekarang dikenali sebagai Kolej GENIUS@pintar. 

Kenapa? Kenapa nak buat blog ketiga?

Pertama, aku rindu sesi muhasabah. Aku suka menulis. Bila menulis (baca: menaip), otak aku bergerak. Aku dapat rasakan otak aku bergerak. Aku tak suka menulis, sebab tulisan hodoh, dan penat untuk menulis. PENAT. Aku SANGAT suka menaip. Kerana itu aku suka kerja sekolah yang memerlukan aku untuk menaip. Tah nape kenapa aku ambil kursus yang memerlukan aku buat jalan kira di atas kertas. 

Oh ya, aku ambil kursus Fizik di sebuah IPTA. Ya, IPTA. Bukan di luar negara. 

Kedua, untuk aku yang akan datang. Kepada aku yang akan datang (kalau kau baca), aku sayang kau. Jangan mati kay (baca: putus asa)

Ketiga, aku nak mengarut. Aku perlukan tempat mengarut (baca: tulis benda yang terdetik atau terlintas). Bukanlah mengarut sebenarnya, aku main-main je tu. Aku perlukan tempat untuk menyusun buah fikiran aku.

Keempat, penguasaan Bahasa Melayu aku semakin lemah. Aku tidak tahu bila dan mengapa, cara aku berfikir semenjak beberapa tahun ni telah bertukar ke Bahasa Inggeris. Hatta sekarang ni pun, aku sedang berfikir dalam BI dan menterjemahkannya ke dalam BM sebelum menaip. Adakah itu benda yang baik? Aku tak pasti, yang aku tahu, aku tidak berapa gemar akannya. Bercakap dalam BM yang hampir baku (hampir, sebab banyak je tatabahasa aku yang salah), ada tarikannya tersendiri. 

Kelima, BAHASA ROJAK. YA ALLAH, aku perlu mengurangkan tabiat menggunakan bahasa rojak aku. Itu lah masalahnya. Aku rasa, tidaklah salah apabila berfikir dalam BI YANG PENUH, tetapi bila bahasa rojak (BM+BI), itu yang salah tu. Emm faham tak?


Sebab pertama dan ketiga yang merupakan faktor yang menolak aku untuk mencipta blog baharu. Percayalah, dah lama aku nak cipta sebenarnya, tapi tak terbuat-buat. 

MUHASABAH DAN MENYUSUN BUAH FIKIRAN.


Ya, itu sebabnya. 


Sekian, 

Aku yang kucar-kacir

12.30 pagi, 6 Disember 2020

Comments