Posts

Showing posts from December, 2020

Pertama (lagi sekali)

Assalamualaikum dan salam 6 Disember 2020 Ya, ini blog ketiga aku (macamlah korang tahu aku ni siapa). Dan pos yang pertama untuk blog ni. Dan blog ni bukanlah untuk urusan akademik mahupun sekolah. Aku telah lama meninggalkan Kolej PERMATApintar, atau sekarang dikenali sebagai Kolej GENIUS@pintar.  Kenapa? Kenapa nak buat blog ketiga? Pertama, aku rindu sesi muhasabah. Aku suka menulis. Bila menulis (baca: menaip), otak aku bergerak. Aku dapat rasakan otak aku bergerak. Aku tak suka menulis, sebab tulisan hodoh, dan penat untuk menulis. PENAT. Aku SANGAT suka menaip. Kerana itu aku suka kerja sekolah yang memerlukan aku untuk menaip. Tah nape kenapa aku ambil kursus yang memerlukan aku buat jalan kira di atas kertas.  Oh ya, aku ambil kursus Fizik di sebuah IPTA. Ya, IPTA. Bukan di luar negara.  Kedua, untuk aku yang akan datang. Kepada aku yang akan datang (kalau kau baca), aku sayang kau. Jangan mati kay (baca: putus asa) Ketiga, aku nak mengarut. Aku perlukan tempat ...